KUALA LUMPUR, 6 Zulkaedah 1438H, Ahad – Malaysia akan berkongsi lebih banyak maklumat perisikan mengenai militan IS dengan Arab Saudi susulan serangan peluru berpandu yang disasarkan ke atas Makkah pada Khamis lalu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman bersetuju untuk menukar maklumat mengenai serangan IS di Marawi, Filipina dan pemberontakan Houthi Yaman.
“Saya bercakap dengannya semalam dan kami bersetuju untuk berkongsi maklumat berhubung perkembangan terbaru.
“Alhamdulillah hubungan kita dengan negara-negara Teluk adalah baik, jadi tidak menyukarkan kita untuk berkongsi maklumat terperinci antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Menurut laporan media antarabangsa, puak Houthi pada Jumaat mengesahkan melancarkan peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi tetapi berkata serangan itu disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang paling sibuk di negara itu.
The post Malaysia-Arab Saudi setuju kongsi maklumat mengenai pengganas appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Malaysia-Arab Saudi setuju kongsi maklumat mengenai pengganas
0 Komentar untuk "Malaysia-Arab Saudi setuju kongsi maklumat mengenai pengganas"