Gema Semua Maklumat

Penetapan harga minyak harian mungkin dilaksana: Hamzah

Penetapan harga minyak harian mungkin dilaksana: Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 Syawal 1438H, Selasa – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak menolak kemungkinan menetapkan harga minyak secara harian pada masa depan.

Kita akan tentukan kaedah ini dapat membantu rakyat dan serentak itu menunjukkan bahawa industri berkenaan boleh diliberalkan dan mungkin pada masa hadapan, kita akan lakukan (penetapan harga) secara harian, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata, kementeriannya akan memperkenalkan formula baharu berhubung mekanisme menetapkan harga minyak petrol dan diesel mingguan.

Katanya, kementeriannya juga sedang berunding dengan Kementerian Kewangan dan pengusaha stesen minyak bagi mewujudkan situasi menang-menang.

“Dengan harga minyak terus menurun dalam beberapa minggu ini, pengusaha stesen minyak menghadapi tekanan. Saya telah berbincang dengan Menteri Kewangan II,  Datuk Johari Abdul Ghani  serta  pengusaha berkenaan. Insya-Allah, menjelang minggu depan, akan terdapat sesuatu untuk setiap pihak,” katanua hari ini.

Penetapan harga mingguan petrol dan diesel pertama kali diperkenalkan pada 29 Mac dan pada setiap Rabu, pengumuman harga baharu minyak dibuat. Harga itu berkuat kuasa selepas tengah malam.

Mekanisme ini membolehkan pengguna menikmati harga runcit yang lebih stabil, berbanding penetapan harga bulanan.

Untuk minggu sehingga Rabu ini, harga seliter ditetapkan pada RM1.89 bagi RON95, RM2.15 (RON97) dan RM1.84 (diesel).

The post Penetapan harga minyak harian mungkin dilaksana: Hamzah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Penetapan harga minyak harian mungkin dilaksana: Hamzah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Penetapan harga minyak harian mungkin dilaksana: Hamzah"

Back To Top