Gema Semua Maklumat

Peniaga tak bayar GST disenarai hitam ke luar negara

Peniaga tak bayar GST disenarai hitam ke luar negara

BANGI, 13 Syawal 1438H, Jumaat – Jika sebelum ini individu yang tidak melangsaikan cukai pendapatan dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihalang ke luar negara, kini Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) turut melakukan tindakan sama.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy yang dipetik Nanyang Siang Pau memberitahu, peniaga yang tidak membayar GST tidak lagi dibenarkan ke luar negara.

Sehubungan itu katanya, peniaga yang tidak membayar GST boleh membuat semakan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi mengetahui jika nama mereka disenarai hitamkan.

“Jika peniaga sudah melangsaikan GST, Jabatan Kastam akan segera meminta Jabatan Imigresen mengeluarkan nama mereka daripada senarai itu,” katanya.

Mengikut Akta GST 2014, peniaga yang tidak membayar GST akan dilarang ke luar negara sehingga mereka menjelaskan tunggakan itu.

Agensi kerajaan lain yang turut menyediakan senarai sekatan itu ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri, PTPTN, Bank Negara, Jabatan Insolvensi, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, polis, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Tenaga Manusia serta Kedutaan Malaysia di luar negara.

The post Peniaga tak bayar GST disenarai hitam ke luar negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Peniaga tak bayar GST disenarai hitam ke luar negara
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Peniaga tak bayar GST disenarai hitam ke luar negara"

Back To Top