PARIS, 13 Syawal 1438H, Jumaat – Perancis merancang untuk mengharamkan semua kenderaan berkuasa petrol dan diesel menjelang tahun 2040.
Pengumuman itu dibuat Menteri Alam Sekitar Perancis, Nicolas Hulot ketika melancarkan sebahagian rancangan Presiden Emmanuel Macron untuk menjadi negara yang bebas karbon menjelang 2050.
Katanya, rancangan itu juga adalah komitmen yang diperbaharui menggantikan perjanjian iklim Paris sebelum ini yang dibatalkan Presiden Amerika Syarikat.
Bagaimanapun jelas Hulot, mereka sedar sasaran berkenaan akan memberi tekanan kepada pengeluar kereta Perancis.
Namun jelas beliau, firma pengeluar kereta Perancis kini mempunyai projek yang dapat memenuhi janji itu.
Sebagai sebahagian daripada rancangan tersebut, isi rumah dengan pendapatan rendah akan menerima bantuan kewangan untuk menukar kenderaan lama mereka kepada kereta baharu yang lebih mesra alam.
Dilaporkan, kereta dengan teknologi hibrid hanya dijual sebanyak 3.5 peratus dalam bahagian pasaran kenderaan di Perancis, manakala kenderaan elektrik sepenuhnya dilihat lebih rendah dengan hanya 1.2 peratus.
Perancis bukan satu-satunya negara yang mengharamkan kenderaan berkuasa petrol dan diesel. Belanda dan Norway sebelum ini pernah memaklumkan mahu mengharamkan kenderaan petrol dan diesel menjelang 2025.
Manakala Jerman dan India pula mengumumkan rancangan yang sama menjelang 2030. – Agensi
The post Perancis haramkan kenderaan petrol, diesel menjelang 2040 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Perancis haramkan kenderaan petrol, diesel menjelang 2040
0 Komentar untuk "Perancis haramkan kenderaan petrol, diesel menjelang 2040"