Gema Semua Maklumat

Aliran trafik lancar di semua lebuh raya utama

Aliran trafik lancar di semua lebuh raya utama

KUALA LUMPUR, 2 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Aliran trafik bergerak lancar di semua lebuh raya utama setakat 10 pagi ini.

Setakat ini tiada kawasan yang bergerak perlahan atau sesak di Lebuhraya Utara-Selatan, kata jurucakap PLUS Malaysia Berhad.

“Bagaimanapun, terdapat satu kemalangan melibatkan motosikal di KM227.8 dari Simpang Ampat ke Pedas Linggi. Tiada lorong terhalang dan trafik terkawal,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata, semua laluan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga terkawal dan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.- Bernama

The post Aliran trafik lancar di semua lebuh raya utama appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada tyrazalhe sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Aliran trafik lancar di semua lebuh raya utama
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Aliran trafik lancar di semua lebuh raya utama"

Back To Top