KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1439H, Sabtu – Aliran trafik bergerak perlahan dari arah Pantai Timur menghala ke ibu negara malam ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan pada hari kedua cuti Tahun Baharu Cina hari ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik perlahan sejauh kira-kira 10 kilometer (km) selepas Terowong Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak.
Laluan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih terkawal dan lancar,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Jurucakap Plus Malaysia Berhad pula berkata di selatan, trafik bergerak perlahan dari Hentian Pedas Linggi ke Port Dickson dan Machap ke Kulai. – Bernama
The post Trafik perlahan dari Pantai Timur menuju ibu negara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada sitifatimah sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Trafik perlahan dari Pantai Timur menuju ibu negara
0 Komentar untuk "Trafik perlahan dari Pantai Timur menuju ibu negara"