Gema Semua Maklumat

PNB akui belanja RM419,000 beli 25 nombor kenderaan siri ‘PNB’

PNB akui belanja RM419,000 beli 25 nombor kenderaan siri ‘PNB’

BANGI, 15 Syawal 1438H, Ahad – Permodalan Nasional Berhad (PNB) memberi alasan kepentingan penjenamaan korporat adalah sebab mereka membida nombor pendaftaran kenderaan siri ‘PNB’ yang mencecah bayaran sehingga RM419,006.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, penjenamaan korporat adalah penting untuk memperkukuhkan penambahbaikan secara fundamental sesebuah organisasi.

“Ini berdasarkan prinsip atau falsafah “Form without substance will not get you anywhere. But when you combine form with substance, you will go a long way.

“Falsafah korporat ini telah saya laksanakan dengan jayanya semasa menerajui Kumpulan UEM-Renong (2001-2004), Telekom Malaysia (2004-2008) dan Maybank (2008-2013),” katanya dalam jawapan kepada tulisan Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin, semalam.

Menulis dalam blog beliau semalam, Kadir mengajak pembaca untuk membahaskan keperluan PNB membelanjakan RM173,800 bagi membeli nombor plat kenderaan ‘PNB1’ kononnya untuk tujuan ‘branding’.

Abdul Wahid yang pernah berkhidmat selama sepenggal sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak juga menjelaskan bahawa pembelian nombor pendaftaran kenderaan itu tidak menggunakan dana pelabur Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

“Dana RM419,006 datangnya dari dana milik PNB yang berjumlah RM40 bilion bukan dari dana milik pelabur-pelabur ASNB yang berjumlah RM226 bilion. Jadi, pembelian nombor-nombor tersebut tidak akan menjejaskan pulangan kepada pelabur-pelabur sama sekali.

“Kami membuat keputusan berdasarkan apa yang kami fikir terbaik untuk PNB dalam jangkamasa panjang. Nombor-nombor tersebut bakal menjadi aset jenama PNB dan pembayarannya dibuat secara langsung kepada JPJ tanpa melalui mana-mana agen atau pihak ketiga,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Abdul Wahid berkata, PNB ditubuhkan pada 1978 dan bakal menyambut ulang tahun ke 40 tahun hadapan.

“Kami sedang dalam perancangan untuk memperkukuhkan jenama PNB. Kebetulan siri nombor kenderaan “PNB” ditawarkan oleh JPJ untuk bidaan pada bulan April 2017. Kami telah memohon daripada Menteri Pengangkutan supaya 25 siri nombor PNB (1,2,3,8,10,11,18,20,30,50,60,70,80,90,100,111,118,200,300,400,500,600,700, 800 & 900) dikhususkan kepada PNB tanpa pembidaan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, JPJ meminta PNB untuk membida nombor berkenaan seperti biasa dan jumlah bidaan adalah RM336,059 berdasarkan purata bidaan nombor siri PMY, PMX dan PMW.

“Ia telah ditingkatkan kepada RM419,006 untuk memastikan PNB mendapat kesemua 25 siri nombor tersebut (purata RM16,760 untuk satu nombor). Nombor-nombor tersebut adalah untuk kegunaan kenderaan-kenderaan rasmi Kumpulan PNB termasuk cawangan ASNB bergerak, kenderaan Hotel-hotel PNB Perdana, PNB Merdeka 118, dan lain-lain,” katanya.

The post PNB akui belanja RM419,000 beli 25 nombor kenderaan siri ‘PNB’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PNB akui belanja RM419,000 beli 25 nombor kenderaan siri ‘PNB’
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PNB akui belanja RM419,000 beli 25 nombor kenderaan siri ‘PNB’"

Back To Top