
JAKARTA, 8 Syawal 1438H, Ahad – Polis Indonesia mendedahkan beberapa buku yang mengandungi propaganda militan Daesh, yang dipercayai digunakan untuk memperdaya kanak-kanak.
Di setiap helai buku yang dicetak itu mengandungi ayat ‘Anda semua wajib untuk pergi berperang’.
Jurucakap polis, Rikwanto dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah merampas ratusan buku milik militan Daesh berkenaan.
“Bagaimanapun, kami masih menyiasat siapa yang memberi dana untuk mencetak buku ini,” katanya.
Ratusan buku nota itu dirampas polis dalam serbuan di rumah dua suspek yang menyerang dan menikam hingga mati seorang anggota polis di Medan pada 25 Jun lalu.
Bahan itu dipamerkan di ibu pejabat polis di sini bersama satu senapang angin dan barangan lain yang dirampas dari rumah suspek.
Muka depan buku nota itu mempunyai wajah ketua Daish, Abu Bakr al-Baghdadi dan petikan kata-kata pemimpin militan itu. -Agensi
0 Komentar untuk "Polis Indonesia rampas buku Daesh ajak pergi berperang"