Gema Semua Maklumat

Presiden PAS perlu rehat dua bulan lagi

Presiden PAS perlu rehat dua bulan lagi

KUALA LUMPUR, 3 Zulkaedah 1438H, Khamis – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dinasihatkan untuk berehat selama dua bulan lagi oleh doktor, kata Setiausaha Agung parti tersebut, Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata, Ahli Parlimen Marang itu, pada ketika ini sedang bercuti dan hanya akan kembali ke Dewan Rakyat jika tahap kesihatannya didapati semakin bertambah baik.

“Keadaan kesihatan beliau (Abdul Hadi) sendiri sebenarnya sudah baik. Tetapi beliau kemudian dinasihatkan pula oleh doktor supaya dapat mengambil cuti panjang selama kira-kira dua bulan lagi,” katanya.

Abdul Hadi pada 15 Mei dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Institut Jantung Negara di sini bagi menjalani pembedahan injap jantung sebelum dibenarkan keluar.

The post Presiden PAS perlu rehat dua bulan lagi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Presiden PAS perlu rehat dua bulan lagi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Presiden PAS perlu rehat dua bulan lagi"

Back To Top