Sumber foto: NSTP/ABDULLAH YUSOF
KOTA BHARU, 3 Rabiulawal 1439H, Rabu – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat belum layak untuk mentadbir negara ini, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Hal ini kerana, katanya, sekecil-kecil hal seperti masalah pendaftaran parti itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pun sudah cukup menunjukkan seperti apa kepimpinan itu.
“Parti itu tidak mempunyai kualiti kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat apabila soal pendaftaran dan kegagalan mengadakan mesyuarat agung parti tidak dapat diselesaikan sekian lama.
“Semua ini menunjukkan kelemahan pengurusan. Tidak sepatutnya seorang pemimpin yang pernah jadi seorang perdana menteri selama 22 tahun, tiba-tiba nak urus pendaftaran dan pengurusan parti pun tak boleh selesai … macam mana nak dapatkan sokongan masyarakat,” katanya yang dipetik Sinar Online.
Malah, Mohd Amar berpendapat kegagalan Pakatan Harapan (Harapan) untuk didaftarkan adalah lebih baik kerana memberi peluang kepada PAS untuk bertanding satu lawan satu dengan BN.
“Bagi kita kalau tak ada langsung Pakatan Harapan lebih baik… biar PAS sahaja yang lawan dengan UMNO (dan BN),” katanya.
The post Bersatu belum layak tadbir negara: PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bersatu belum layak tadbir negara: PAS
0 Komentar untuk "Bersatu belum layak tadbir negara: PAS"