Gema Semua Maklumat

Pulau Pinang azan Subuh dua kali

Pulau Pinang azan Subuh dua kali

BANGI, 19 Syawal 1438H, Khamis – Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) menasihatkan semua masjid di negeri itu melaungkan azan solat Subuh sebanyak dua kali.

Azan pertama dilaungkan kira-kira 30 minit lebih awal daripada masuk waktu Subuh bertujuan mengejutkan umat Islam daripada tidur, dan azan kedua sebaik masuk waktu solat.

Satu kenyataan ditandatangani Pengarah JAIPP, Datuk Sazali Hussein, 6 Julai lalu kepada semua masjid di Pulau Pinang dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Mufti negeri pada 18 dan 19 April lalu.

Memetik laporan sebuah portal, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Noor dilaporkan berkata, keputusan mengeluarkan nasihat supaya azan Subuh dua kali dibuat selepas mengadakan perbincangan mengenainya selama enam tahun.

Katanya, amalan sepertiitu adalah langkah melaksanakan sunnah yang pernah dilakukan pada zaman Rasulullah SAW.

The post Pulau Pinang azan Subuh dua kali appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pulau Pinang azan Subuh dua kali
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pulau Pinang azan Subuh dua kali"

Back To Top