JOHOR BAHRU, 18 Syawal 1438H, Rabu – Tiga pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Johor direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
Turut sama direman bagi tempoh sama, seorang pengusaha gas tanpa lesen kerana dipercayai memberi wang rasuah kepada tiga pegawai terbabit.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Salina Omar bermula hari ini, selepas membenarkan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kes membabit empat suspek berusia antara 30 hingga 50 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Semalam, SPRM negeri menahan tiga pegawai terbabit di pejabat jabatan itu di sini dan Kota Tinggi antara jam 8 hingga 10 pagi.
Sementara, pengusaha gas berkenaan ditahan di kediamannya di Kulai pada jam 8.20 pagi.
Dilaporkan, siasatan awal pasukan penyiasat SPRM mengesyaki wang rasuah yang diberikan oleh pengusaha gas tanpa lesen telah dimasukkan ke dalam akaun syarikat milik saudara salah seorang pegawai jabatan berkenaan sebelum diagih-agihkan kepada pihak yang berkenaan.
Wang rasuah berkenaan dibayar kepada pegawai tersebut sebagai ‘wang perlindungan’ supaya tindakan tidak diambil ke atas pengusaha tersebut yang melakukan kesalahan di bawah Akta Bekalan 1961.
The post Rasuah: Tiga pegawai KPDNKK, seorang pengusaha gas direman appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rasuah: Tiga pegawai KPDNKK, seorang pengusaha gas direman
0 Komentar untuk "Rasuah: Tiga pegawai KPDNKK, seorang pengusaha gas direman"