AL-KHALIL, 25 Syawal 1438H, Rabu – Rejim Zionis menembak mati seorang pemuda Palestin di selatan Tebing Barat, kerana didakwa terbabit dalam cubaan menyerang sekumpulan askar Israel, tatkala Tel Aviv memperketatkan cengkaman mereka ka atas Masjidil Aqsa, hari ini.
Rafaat Nathmi Shukri Hirbawi, 29, didakwa cuba merempuh dengan kereta sekumpulan askar rejim Zionis yang sedang memasuki perkampungan Beit Einun, kira-kira lima kilometer di timur laut al-Khalil (Hebron).
Pemuda itu kemudian ditembak mati. Dua askar rejim juga cedera dalam serangan itu.
Sebelum ini, dalam kejadian 14 Julai lalu, tiga lelaki Palestin melepaskan tembakan ke arah askar Israel di kawasan Masjid Al-Aqsa, membunuh dua pegawai tentera, sebelum mereka ditembak mati. – Agensi
The post Askar rejim Israel tembak mati pemuda Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Askar rejim Israel tembak mati pemuda Palestin
0 Komentar untuk "Askar rejim Israel tembak mati pemuda Palestin"