Gema Semua Maklumat

Salur maklumat jika ada pihak jual buah, sayur busuk

Salur maklumat jika ada pihak jual buah, sayur busuk

PUTRAJAYA, 22 Syawal 1438H, Ahad – Menjual buah-buahan dan sayur-sayuran busuk boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Makanan 1983, kata Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman.

Sebarang pertanyaan mengenai isu keselamatan makanan boleh disalurkan kepada pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat atau melalui laman web moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

Mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan mengenai tindakan pasar raya menjual buah dan sayur busuk, beliau berkata, Subseksyen 13(1) akta tersebut menyatakan mana-mana pihak yang menyediakan atau menjual makanan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan, adalah satu kesalahan.

Laporan akhbar tersebut pada 11 Julai lalu menyebut tindakan beberapa pasar raya menjual buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tomato, lobak merah dan pisang yang telah busuk dengan harga murah dan tidak dikeluarkan dari rak jualan, menimbulkan ketidak puasan hati dalam kalangan pengguna.

“Apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan juga menasihati orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pengguna dalam memastikan produk makanan yang dibeli adalah bersih dan selamat. 

“Pengguna juga disaran membaca label serta mengamalkan lihat, hidu dan rasa sebelum membeli makanan bagi mengelakkan memakan makanan yang telah rosak atau tercemar,” katanya. – Bernama

The post Salur maklumat jika ada pihak jual buah, sayur busuk appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Salur maklumat jika ada pihak jual buah, sayur busuk
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Salur maklumat jika ada pihak jual buah, sayur busuk"

Back To Top