Gema Semua Maklumat

Satu tiket untuk semua khidmat rel bulan depan

Satu tiket untuk semua khidmat rel bulan depan

PUTRAJAYA, 27 Syawal 1438H, Jumaat – Mulai bulan depan, sistem integrasi menggunakan satu tiket bagi semua perkhidmatan rel di negara ini akan beroperasi dengan permulaan di 20 stesen komuter sekitar Lembah Klang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pelaksanaan sistem itu akan dilakukan secara berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan.

Katanya, sistem integrasi tiket berkenaan akan membabitkan semua perkhidmatan rel termasuk Komuter, Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel.

“Saya mengarahkan pengendali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) supaya bekerjasama dengan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) bagi menzahirkan kemudahan berkenaan.

“Buat masa sekarang, ia akan dimulakan di beberapa stesen terpilih yang kritikal sekitar Lembah Klang dengan jumlah berkenaan terus ditambah pada tahun depan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Dalam masa sama, Liow berkata, kerajaan masih belum memuktamadkan jenis sistem pengangkutan awam yang sesuai digunakan di Putrajaya.

The post Satu tiket untuk semua khidmat rel bulan depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Satu tiket untuk semua khidmat rel bulan depan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Satu tiket untuk semua khidmat rel bulan depan"

Back To Top