Gema Semua Maklumat

‘Saya maafkan mereka yang fitnah saya’: Tun M

‘Saya maafkan mereka yang fitnah saya’: Tun M


Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 8 Syawal 1438H, Ahad – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad menyatakan kesediaannya untuk memaafkan mereka yang pernah memfitnahnya selama ini.

“Tanpa dipinta, saya maafkan mereka-mereka yang sepanjang tahun memfitnah saya khususnya TV3, Utusan Malaysia, New Straits Times, Salleh Said Keruak, Tunku Aziz, Annuar Musa dan beberapa lagi,” katanya menerusi tulisan di blognya hari ini.

Beliau yang menyambut Aidilfitri bersama anak dan cucunya di London tahun ini turut mengambil kesempatan memberi ucapan raya kepada perdana menteri.

“Saya ucap Selamat Hari Raya kepada Najib dan keluarganya serta penyokong-penyokongnya,’ katanya ringkas.

Menceritakan pengalamannya pada raya pertama di London, Tun Mahathir berkata, beliau sempat bertemu dengan penuntut dan mahasiswa Malaysia di negara itu.

“Saya dan isteri berkesempatan berbual-bual dengan hadirin, termasuk penuntut. Saya dapati penuntut tidak langsung bertanya akan keadaan di Malaysia, terutama politik. Mereka ternampak takut walaupun mesra.

Saya diberitahu kemudian bahawa mereka dimarah oleh Kerajaan Malaysia (tidak diberitahu siapa) kerana berada di tempat yang saya berada. Sebenarnya tidak ada penuntut yang berjumpa saya di masa-masa lain pun. Mereka takut biasiswa mereka ditarik balik. Demikian sifat Najib.


“Najib nampak amat takut saya mempengaruhi penuntut. Sebenarnya saya diberitahu bahawa penuntut atau bukan penuntut di mana-mana sahaja amat benci kepada Najib kerana sebab-sebab yang diketahui umum,” katanya.

Membezakan zaman pemerintahannya selama 22 tahun dengan zaman pentadbiran Najib ini katanya, ketika dahulu parti lawan bebas berjumpa dengan penuntut di mana-mana sahaja.

“Mereka dapat mendengar syarahan pemimpin parti lawan, bahkan menubuh kelab-kelab parti lawan. Tetapi sekarang mereka tidak lagi bebas, terutama jika melibatkan saya,” katanya.

The post ‘Saya maafkan mereka yang fitnah saya’: Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Saya maafkan mereka yang fitnah saya’: Tun M
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "‘Saya maafkan mereka yang fitnah saya’: Tun M"

Back To Top