BERA, 16 Syawal 1438H, Isnin – Tindakan telah diambil terhadap 1,500 akaun media sosial palsu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) antara Januari dan Jun tahun ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, SKMM menerima aduan bahawa akaun palsu berkenaan digunakan bagi tujuan negatif seperti penyebaran berita dan maklumat palsu.
Akaun palsu berkenaan merangkumi laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.
“Maklumat palsu itu termasuk isu politik dan ahli politi di negara ini,” katanya kepada pemberita.
Beliau turut menggesa pengguna internet yang mengetahui berhubung kewujudan akaun dan penyebaran berita serta maklumat palsu, supaya melaporkannya kepada pengendali media sosial.
Katanya, SKMM juga sedang mengkaji sama ada akan mewujudkan pendaftaran media dalam talian dengan agensi itu.
“Sebarang portal atau laman web yang dikategorikan sebagai media dalam talian perlu didaftarkan supaya ia dapat dipantau dan tindakan diambil sekiranya menerbitkan berita palsu atau berniat jahat,” katanya.
The post SKMM ambil tindakan terhadap 1,500 akaun media sosial palsu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SKMM ambil tindakan terhadap 1,500 akaun media sosial palsu
0 Komentar untuk "SKMM ambil tindakan terhadap 1,500 akaun media sosial palsu"