Gema Semua Maklumat

Pembangkang tabur fitnah terhadap kerajaan BN, kata ahli akademik UiTM

Pembangkang tabur fitnah terhadap kerajaan BN, kata ahli akademik UiTM

BANGI, 16 Syawal 1438H, Isnin – Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Kelantan, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah berkata, pembangkang melakukan politik fitnah menghasut rakyat menentang kerajaan yang sah dipilih pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013.

Malah, katanya, politik fitnah menjadi lumrah kehidupan ahli politik tertentu sekarang ini, tanpa mempedulikan nasib rakyat, walaupun musim PRU14 masih jauh.

“Bagi mereka kemenangan untuk mendapatkan kuasa amat penting berbanding budi pekerti manusia. Bagi mereka juga kepimpinan pemerintah sekarang (BN) perlu dijatuhkan kerana sudah lama memerintah dan dilihat kurang membela rakyat. BN digambarkan dengan elemen rasuah dan kurang menyenangkan oleh permainan politik fitnah pihak tertentu.

“Musim PRU14 masih jauh tetapi permainan politik dilaksanakan siang dan malam dengan tidak mempedulikan nasib rakyat. Bagi mereka permainan politik amat penting dalam meneruskan kelangsungan kerjaya politik.

“Mereka tidak lagi mengambil tahu tentang jalan berlubang, pembekalan air bersih, rumah yang mampu dimiliki rakyat marhaen dan sebagainya. Bagi mereka rakyat boleh digula-gulakan dengan bonus tigs bulan dan pemberian wang ihsan negeri,” katanya menulis dalam Sinar Harian, hari ini.

Beliau membuat andaian bahawa sumbangan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat telah menimbulkan rasa cemburu kuasa pihak tertentu yang tidak senang apabila rakyat kembali menyokong parti pemerintah.

Iskandar Hasan turut mempertikaikan tuduhan kleptokrasi yang dilemparkan kepada pemimpin BN, sebaliknya tuduhan pemimpin DAP ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2015 mengenai kekayaan proksi dan keluarga bekas Perdana Menteri itu, kini menjadi senyap.

“Seterusnya agenda fitnah mereka adalah memainkan isu-isu lama yang berkaitan dengan DOJ atau Jabatan Kehakiman Amerika. Isu tersebut tidak melibatkan kepimpinan Datuk Seri Najib (Razak) mahupun 1MDB. Cuma yang terlibat adalah syarikat asing dan individu tertentu.

“Banyak lagi kes politik fitnah yang sengaja ditularkan ke dalam media sosial dengan tujuan menghasut rakyat menentang kerajaan yang sah dipilih rakyat dalam PRU2013,” katanya.

SCMP puji PM Singapura, kritik pendirian Najib isu 1MDB

The post Pembangkang tabur fitnah terhadap kerajaan BN, kata ahli akademik UiTM appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pembangkang tabur fitnah terhadap kerajaan BN, kata ahli akademik UiTM
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pembangkang tabur fitnah terhadap kerajaan BN, kata ahli akademik UiTM"

Back To Top