Gema Semua Maklumat

SPR belum putus kelayakan DAP tanding PRU14

SPR belum putus kelayakan DAP tanding PRU14

KUALA LUMPUR, 17 Syawal 1438H, Selasa – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, masih terlalu awal untuk pihaknya memutuskan sama ada DAP layak atau tidak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ini kerana, katanya, isu berkaitan DAP ketika ini lebih cenderung kepada beberapa aspek perundangan.

Sehubungan itu, jelas beliau, SPR masih belum boleh membuat ketetapan selagi tiada keputusan muktamad berhubung aspek berkenaan.

“Biar pihak terbabit menyelesaikan perkara ini terlebih dulu. Soal layak atau tidak masih terlalu awal untuk diputuskan SPR.

“SPR tidak akan mencampuri urusan Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya ketika diminta mengulas sama ada DAP boleh bertanding dalam PRU akan datang selepas RoS memutuskan DAP perlu membuat pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti.

Jumaat lalu, Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pemilihan semula CEC baharu yang sah dan telus itu bertujuan membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, DAP tidak boleh meletakkan calon untuk bertanding pada PRU akan datang jika mengingkari arahan RoS supaya pemilihan semula CEC parti diadakan semula.

The post SPR belum putus kelayakan DAP tanding PRU14 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPR belum putus kelayakan DAP tanding PRU14
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPR belum putus kelayakan DAP tanding PRU14"

Back To Top