Gema Semua Maklumat

Syarat lulus BM diperjelas kepada Kabinet

Syarat lulus BM diperjelas kepada Kabinet

KUALA LUMPUR, 10 Syawal 1438H, Selasa – Kementerian Kesihatan akan memberi penjelasan terperinci  berhubung kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam  pengambilan pegawai perubatan UD41 pada mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, penjelasan itu perlu dibuat bagi  mengelak kekeliruan mengenai isu tersebut. 

“Saya melihat banyak pihak yang salah faham tentang isu ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr  Noor Hisham Abdullah pun telah mengeluarkan kenyataan (bagi menjelaskannya) namun, masih ada  pihak yang tidak memahami kenyataan itu.

“Jadi, lebih baik saya berikan penjelasan kepada Kabinet terlebih dahulu sebelum kepada rakyat,”  katanya kepada pemberita selepas Program ‘Inspire to Aspire 2017’ di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian susulan gesaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  hari ini yang meminta Subramaniam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu  Belaun menjelaskan mengenai isu itu. 

Dr Noor Hisham dalam kenyataannya sebelum ini berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah  memberi persetujuan untuk melonggarkan syarat pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai  Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan pada 23 Februari lepas .

Beliau menjelaskan kelonggaran syarat kelayakan Lulus Bahasa Melayu itu bagi memudahkan  pelantikan secara kontrak jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 untuk graduan perubatan yang tidak  menduduki peperiksaan subjek berkenaan di peringkat SPM atas pelbagai sebab.- Bernama

The post Syarat lulus BM diperjelas kepada Kabinet appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Syarat lulus BM diperjelas kepada Kabinet
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Syarat lulus BM diperjelas kepada Kabinet"

Back To Top