Gema Semua Maklumat

Tayangan filem gay di Pulau Pinang tunjukkan penguatkuasa gagal pelihara kepentingan masyarakat

Tayangan filem gay di Pulau Pinang tunjukkan penguatkuasa gagal pelihara kepentingan masyarakat

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 17 Syawal 1438H, Selasa – Tindakan penganjur Penangpac menayangkan filem gay dari Vietnam pada malam ini secara percuma di Pulau Pinang memperlihatkan penguatkuasa seolah gagal melaksanakan peranan memelihara kepentingan rakyat.

Yang Dipertua Isma Seberang Perai Utara, Ustaz Abdul Rahim Sudin berkata, beliau kesal dan kecewa genre yang menyalahi tabiat manusia itu sendiri dengan mudah ditayangkan untuk tontonan umum.

“Meskipun kerajaan Pulau Pinang DAP membenarkan tayangan itu , namun hakikatnya jelas dalam Al-Quran tabiat homoseksual itu tidak dibenarkan dalam Islam.

“Sepatutnya ada pihak yang memantau, tidak kisahlah kementerian mana sekalipun, mereka harus memastikan sebarang paparan gayahidup LGBT tidak dibenarkan sama sekali dari kaca TV, media elektronik di layar perak atau oleh pihak tertentu.

“Bahkan kerajaan juga harus bertindak tegas kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan homoseksualiti dan berobjektifkan mempromosi gayahidup LGBT. Keterlibatan mereka adalah ancaman kepada masyarakat,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Tayangan filem gay berjudul ‘Lost in Paradise’ itu dijadualkan bermula pada jam 8 malam pada 11 Julai 2017 itu akan diadakan di Penangpac sendiri.

Filem yang diberi jolokan nama ‘filem gay pertama Vietnam’ oleh Agence France-Presse (AFP) ini dilaporkan menceritakan mengenai percintaan tiga segi di antara tiga lelaki dan berlatarbelakangkan sindiket pelacuran kaum lelaki di Ho Chi Minh.

Menurut sebuah portal berita atas talian bagi komuniti gay antarabangsa, filem ini dilaporkan banyak memuatkan babak-babak lelaki bertubuh sasa yang mendedahkan tubuh dalam posisi-posisi yang menghairahkan untuk sengaja membangkitkan nafsu ghairah para penonton daripada kalangan gay.

The post Tayangan filem gay di Pulau Pinang tunjukkan penguatkuasa gagal pelihara kepentingan masyarakat appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tayangan filem gay di Pulau Pinang tunjukkan penguatkuasa gagal pelihara kepentingan masyarakat
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tayangan filem gay di Pulau Pinang tunjukkan penguatkuasa gagal pelihara kepentingan masyarakat"

Back To Top