Tiada laporan kes baharu rabies: KKM

BANGI, 21 Syawal 1438H, Sabtu – Kementerian Kesihatan (KKM) menolak laporan mendakwa terdapat kes baharu disahkan dijangkiti virus rabies di Melaka.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kes baru rabies.
“Kami akan memaklumkan jika ia disahkan. Digigit anjing tidak semestinya seseorang itu akan dijangkiti rabies,” katanya seperti dilapor New Straits Times.
Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun kini dirawat di Hospital Melaka selepas mengalami kesukaran bernafas dua hari lepas.
Pemeriksaan menunjukkan kanak-kanak terbabit digigit anjing ketika keluarganya berada di Sarawal untuk merayakan sambutan Hari Gawai di sebuah kampung di Serian pada Mei lalu.
Bagaimanapun, laporan berkenaan mendakwa kanak-kanak itu kini dalam keadaan stabil.
The post Tiada laporan kes baharu rabies: KKM appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di
Tiada laporan kes baharu rabies: KKM
0 Komentar untuk "Tiada laporan kes baharu rabies: KKM"