Gema Semua Maklumat

Tun M cabar Najib hadir ‘Nothing to Hide 2.0’

Tun M cabar Najib hadir ‘Nothing to Hide 2.0’

BANGI, 21 Syawal 1438H, Sabtu – Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir pada forum ‘Nothing to Hide 2.0’ bagi menjawab segala tohmahan.

Perdana Menteri selama 22 tahun itu berkata, beliau akan hadir pada forum itu dan menjawab sebarang pertanyaan daripada rakyat Malaysia terhadapnya.

“Saya mencabar Najib Razak untuk hadir pada Nothing to Hide 2.0 yang akan berlangsung bagi menjawab segala tohmahan ke atas diri beliau.

“Saya sendiri akan hadir dan menjawab sebarang pertanyaan rakyat Malaysia. Berani kerana benar,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Sebelum ini, Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan akan menganjur acara ‘Nothing to Hide 2.0’ menampilkan dua pemimpin itu di atas satu pentas.

Dr Mahathir berkata, beliau menyambut baik rancangan Pemuda Bersatu menganjurkan acara itu kerana memberi peluang beliau dan Najib menjawab tuduhan yang dilempar terhadap mereka.

““Bagi saya rancangan ini akan memberi peluang untuk penjelasan terhadap tuduhan-tuduhan dan fitnah yang dilempar terhadap diri saya.

“Demikian juga Datuk Seri Najib berpeluang untuk menjawab segala tuduhan terhadap dirinya. Jumpa di Nothing to Hide. Saya harap Datuk Seri Najib takkan kecewakan rakyat,” katanya.

Pada 2015 lalu, dialog Nothing2Hide menjadi tumpuan pelbagai pihak termasuk rakyat dan media yang menjadi platform menemukan Najib dan Dr Mahathir.

Bagaimanapun, Najib mencetuskan kontroversi apabila forum yang sepatutnya digunakan sebagai pentas menjawab pelbagai persoalan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibatalkan oleh penganjur atas faktor keselamatan selepas mendapat nasihat polis.

Forum itu dihadiri lebih 2,000 wakil pertubuhan bukan kerajaan. Tun Dr Mahathir juga turut hadir.

The post Tun M cabar Najib hadir ‘Nothing to Hide 2.0’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tun M cabar Najib hadir ‘Nothing to Hide 2.0’
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tun M cabar Najib hadir ‘Nothing to Hide 2.0’"

Back To Top