Gema Semua Maklumat

Umat Islam digalak manfaat media sosial untuk kebaikan

Umat Islam digalak manfaat media sosial untuk kebaikan

KUALA TERENGGANU, 30 Syawal 1438H, Isnin – Umat Islam di negara ini digalakkan menggunakan media sosial untuk menyatakan bantahan terhadap penderitaan umat Islam di seluruh dunia.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM),Dr. Yusri Mohamad berkata, usaha menarik perhatian umum terhadap isu-isu yang melanda umat Islam itu lebih wajar ditularkan berbanding kecenderungan terhadap aspek-aspek lain seperti hiburan.

“Mereka boleh menyebarluaskan komentar dengan memberi contoh tentang keganasan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin melalui facebook atau instagram mereka sebagai tanda prihatin terhadap umat Islam lain,” katanya selepas merasmikan Hari Terbuka Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Terengganu di sini, hari ini.

Menurut Dr Yusri, untuk menangani isu berkenaan yang tidak berkesudahan, umat Islam perlu membina kekuatan asas bagi menangani secara bersama.

“Kalau kita tidak ada kekuatan sebenar membina asas, bermakna kita tidak serius untuk menyelesaikan isu Palestin dan bukan sekadar kempen dan boikot sahaja,” katanya.

The post Umat Islam digalak manfaat media sosial untuk kebaikan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Umat Islam digalak manfaat media sosial untuk kebaikan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Umat Islam digalak manfaat media sosial untuk kebaikan"

Back To Top