Gema Semua Maklumat

UNHCR bimbang keadaan pelarian Rohingya di Bangladesh

UNHCR bimbang keadaan pelarian Rohingya di Bangladesh

DHAKA, 17 Syawal 1438H, Selasa – Agensi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) meluahkan kebimbangan terhadap keadaan hidup miskin pelarian Muslim Rohingya di Bangladesh.

Kebimbangan itu diluahkan Pesuruhjaya Tinggi UNHCR, Filippo Grandi selepas membuat lawatan di dua kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh yang bersempadan dengan Rakhine, Myanmar. Cox’s Bazar menjadi ‘tuan rumah’ kepada beratus-ratus pelarian Rohingya.

“Saya mengatakan bahawa ia agak membimbangkan terutamanya bagi mereka yang telah lama berada di sini dan mereka yang baru tiba dari situasi yang sangat traumatik, ia lebih buruk.

“Kami menawarkan kepakaran teknikal (kepada Myanmar). Saya fikir mungkin pelarian akan tinggal di sini (Bangladesh) untuk tempoh lebih panjang lagi,” katanya.

Sementara, Ketua UNHCR memberi amaran terhadap keadaan kelompok minoriti Muslim yang kini berdepan situasi lebih buruk di utara Rakhine.

Rakhine menjadi tempat keganasan perkauman di tangan puak pelampau Buddha sejak 2012. Ratusan etnik Rohingya dibunuh, dan puluhan ribu dipaksa keluar dari rumah dan menjadi pelarian di negara-negara jiran seperti Bangladesh, Thailand, Malaysia dan Indonesia.- Agensi

The post UNHCR bimbang keadaan pelarian Rohingya di Bangladesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di UNHCR bimbang keadaan pelarian Rohingya di Bangladesh
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "UNHCR bimbang keadaan pelarian Rohingya di Bangladesh"

Back To Top