Gema Semua Maklumat

10 remaja perempuan buli rakan akan didakwa

10 remaja perempuan buli rakan akan didakwa

BANGI, 10 Zulkaedah 1438H, Khamis – Polis telah melengkapkan siasatan terhadap 10 remaja perempuan yang didakwa membelasah seorang pelajar berusia 16 tahun susulan tular video rakaman kejadian di media sosial.

Ketua Polis Kunak, Superintendan Mohd Nasarudin M Nasir berkata, pihaknya kini menunggu tindakan selanjutnya oleh timbalan pendakwa raya terhadap kumpulan remaja terbabit.

“Kita telah menyelesaikan siasatan ke atas 10 remaja berusia antara 15 dan 19 tahun itu, dan menyerahkan kepada DPP untuk mendakwa mereka di mahkamah,” katanya seperti dilapor The Star, hari ini.

Katanya, siasatan yang dijalankan terhadap kumpulan remaja berkenaan akan menjadi pengajaran kepada orang lain bahawa segala bentuk gejala buli tidak dikecualikan.

Menerusi rakaman satu video amatur berdurasi 1.40 saat memaparkan tindakan sekumpulan pelajar terbabit menumbuk dan menendang mangsa secara bertubi-tubi.

Video itu menunjukkan mangsa yang memakai tudung berwarna hitam dikelilingi oleh sekumpulan pelajar perempuan sebelum ditumbuk salah seorang daripadanya.

Beberapa lagi pelajar perempuan turut campur tangan dan menumbuk serta menendang mangsa bertubi-tubi.

Mangsa dilihat merayu supaya dilepaskan agar masalah mereka dapat diselesaikan cara baik namun tidak diendahkan malah mangsa terus dipukul.

Pergaduhan itu tidak dileraikan malah ada yang ketawa dan tak kurang juga sibuk merakam pergaduhan tersebut dengan menggunakan telefon bimbit.

Video tersebut menerima kritikan hebat dari netizen yang rata-ratanya menyeru agar pihak berkuasa menyiasat kejadian ini secepat mungkin.

The post 10 remaja perempuan buli rakan akan didakwa appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 10 remaja perempuan buli rakan akan didakwa
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "10 remaja perempuan buli rakan akan didakwa"

Back To Top