Gema Semua Maklumat

12,570 kes cerai di Selangor tahun 2016

12,570 kes cerai di Selangor tahun 2016


SABAK BERNAM, 29 Zulkaedah 1438H, Selasa – Kes penceraian di Selangor di tahap membimbangkan berikutan statistik mencatatkan kira-kira 12,570 kes berlaku di negeri itu, tahun lalu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, statistik berkenaan menunjukkan hampir separuh penceraian berlaku yang mana jumlah perkahwinan didaftarkan antara 24,000 hingga 26,000 perkahwinan.

Jelas beliau, perkara ini cukup menggusarkan kerana 50 peratus daripadanya melibatkan perkahwinan berusia tiga hingga lima tahun.

“Perkahwinan di bawah usia 10 tahun merupakan golongan tertinggi bercerai direkodkan. Terdapat empat fasa, fasa pertama adalah fasa bulan madu iaitu perkahwinan berusia sehingga lima tahun hinggalah fasa usia emas.

“Selepas perkahwinan masuk tahun ketiga hingga kelima paling mencabar,” katanya pada Karnival Kampungku Kesayanganku di Kampung Parit Baru, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan negeri memperuntukkan belanjawan lebih tinggi supaya pihaknya dapat memperkasakan program bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan.

“Walaupun institusi kekeluargaan merupakan institusi terkecil, namun ia memberi kesan kepada anak-anak dan seterusnya masyarakat,” katanya.

The post 12,570 kes cerai di Selangor tahun 2016 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 12,570 kes cerai di Selangor tahun 2016
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "12,570 kes cerai di Selangor tahun 2016"

Back To Top