Gema Semua Maklumat

Pertikaian kontrak: SPRM ambil keterangan Naib Canselor Unisel

Pertikaian kontrak: SPRM ambil keterangan Naib Canselor Unisel

SHAH ALAM, 29 Zulkaedah 1438H, Selasa – Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) hari ini memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pertikaian kontrak antara universiti itu dengan syarikat konsesi, Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Difahamkan, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman disoal siasat hampir dua jam setengah pada jam 11 pagi tadi.

Pegawai SPRM kemudiannya memasuki Pejabat Bendahari Unisel dipercayai untuk meneliti beberapa dokumen berkaitan penyelesaian pertikaian kontrak berkenaan.

Pengarah Komunikasi Unisel, Hasril Abu Hassan mengesahkan perkara itu dan menyatakan kesediaan Unisel memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

SPRM hari ini menyerbu tiga premis membabitkan kampus Unisel, pejabat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan pejabat JNSB di Desa Pandan dan kampus induk Unisel di Bestari Jaya berhubung siasatan isu penyelesaian kontrak membabitkan jumlah puluhan juta ringgit.

Difahamkan, isu membabitkan penyelesaian antara UNISEL dan syarikat konsesi itu diketahui umum selepas satu laporan dibuat kepada SPRM Selangor berhubung penyelesaian itu yang didakwa meragukan.

The post Pertikaian kontrak: SPRM ambil keterangan Naib Canselor Unisel appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pertikaian kontrak: SPRM ambil keterangan Naib Canselor Unisel
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pertikaian kontrak: SPRM ambil keterangan Naib Canselor Unisel"

Back To Top