Gema Semua Maklumat

18 ditahan cuba timbulkan provokasi ketika majlis PM

18 ditahan cuba timbulkan provokasi ketika majlis PM

BUKIT MERTAJAM, 24 Zulkaedah 1438H, Khamis – Seramai 18 orang termasuk seorang wanita ditahan polis kerana cuba menimbulkan provokasi ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis Kenduri Bersama Rakyat di Politeknik Seberang Perai (PSP), di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT),  ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, kesemua mereka berusia 20 hingga 50 tahun termasuk beberapa pemimpin parti politik itu ditahan ketika cuba menimbulkan provokasi dengan memegang kain rentang dan sepanduk.

“Mereka mula berkumpul di perkarangan sebuah stesen minyak di hadapan politeknik itu sejak pukul 8.30 pagi dan cuba menimbulkan provokasi…polis bertindak (menahan) bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga pukul 2 petang, kesemua mereka yang ditahan itu masih berada di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk didokumentasi sebelum pihaknya mengambil tindakan selanjutnya.

Mereka yang ditahan itu termasuk Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Asrol Sani Abdul Razak dan Anggota Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Ong Jing Cheng.- Bernama

The post 18 ditahan cuba timbulkan provokasi ketika majlis PM appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 18 ditahan cuba timbulkan provokasi ketika majlis PM
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "18 ditahan cuba timbulkan provokasi ketika majlis PM"

Back To Top