KODIANG, 24 Zulkaedah 1438H, Khamis – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan kononnya Lembaga Tabung Haji (TH) bankrap sehingga menyebabkan jemaah haji terkandas.
Sebaliknya beliau menjelaskan bahawa isu jemaah terkandas sebelum ini adalah berpunca daripada masalah pengeluaran visa oleh kerajaan Arab Saudi.
“Saya dihubungi beberapa individu yang bertanyakan betul atau tidak jemaah yang terkandas kerana Tabung Haji bankrap disebabkan tidak mampu nak membeli tiket kapal terbang.
“Ini tidak benar… isu visa dapat atau tidak bergantung kepada pihak Arab Saudi. Jadi orang ramai perlu hentikan dakwaan ini,” katanya ketika berucap merasmikan cawangan Bank Islam ke-147 di Pekan Kodiang, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, sehingga kini hanya seorang yang masih mengalami masalah itu daripada 1,400 jemaah yang berdepan isu sama, dan pihaknya yakin ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
“Jumlah yang terkandas sebenarnya tidak ramai, tetapi kerana individu yang terkandas saling berkaitan jadi kes berkenaan nampak seperti besar.
“Ada kes suami yang terkandas, jadi isterinya tidak mahu pergi… ada pula kes hingga membabitkan lapan individu kerana mereka saudara mara,” katanya.
The post Isu jemaah haji terkandas bukan sebab TH bankrap: Menteri appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Isu jemaah haji terkandas bukan sebab TH bankrap: Menteri
0 Komentar untuk "Isu jemaah haji terkandas bukan sebab TH bankrap: Menteri"