BURKINA FASO, 21 Zulkaedah 1438H, Isnin – Sekurang-kurangnya 18 terbunuh, manakala lapan lagi cedera apabila tiga lelaki bersenjata menyerang sebuah restoran Turki di sini, lewat semalam.
Angka kematian dan kecederaan itu dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi Burkina Faso, Remi Dandjinou.
Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam keganasan di Ouagadougou yang terus merebak hingga hari ini.
Televisyen negara itu melaporkan pasukan keselamatan menembak mati ketiga-tiga penyerang terbabit.
Anggota pasukan keselamatan bersama kereta perisai ditempatkan berhampiran restoran Aziz Istanbul, di mana serangan itu berlaku.
Saksi memberitahu, tiga lelaki bersenjata tiba dengan kenderaan pacuan empat roda kira-kira jam 9.30 malam dan mula melepaskan tembakan ke arah pelanggan yang duduk di luar restoran. Kementerian Luar Turki mengesahkan seorang mangsa yang meninggal dunia adalah rakyat mereka. – Agensi
The post 18 maut ditembak depan restoran Turki appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 18 maut ditembak depan restoran Turki
0 Komentar untuk "18 maut ditembak depan restoran Turki"