KUALA LUMPUR, 21 Zulkaedah 1438H, Isnin – Beberapa produk kordial minuman Ribena ditarik balik buat sementara waktu berkuat kuasa serta-merta, mulai semalam.
Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn. Bhd. (Suntory) yang merupakan sebuah syarikat minuman berasal dari Jepun dalam satu kenyataan menjelaskan, tindakan itu dibuat kerana satu ralat yang dijumpai ketika membuat pemeriksaan rutin di kilang pembuatannya di Shah Alam.
Syarikat itu berkata, siasatan awal proses pembuatan mengesyaki produk itu terdedah kepada udara ketika proses pembotolan.
“Hal ini menyebabkan kualiti produk dalam botol berpotensi merosot lebih awal daripada tarikh luput,” katanya.
Suntory berkata, pihaknya telah mengambil keputusan sukarela untuk menarik balik minuman produk Ribena tertentu dengan tarikh luput yang ditetapkan dari 12 Ogos.
“Walaupun bukan setiap botol terjejas, pengguna dinasihatkan agar tidak meminum produk itu jika ia kelihatan aneh, rasa atau bau masam atau jika mereka ragu tentang kualiti produk,” kata Suntory.
Dalam pada itu, pihak Suntory juga memberi jaminan bahawa kesemua produk keluaran mereka dengan tarikh luput selain daripada yang disenaraikan adalah selamat dan tidak terbabit dengan penarikan semula.
Pada masa yang sama, Suntory berkata, mereka akan menyelesaikan isu tersebut dengan efektif dan segera serta akan memaklumkan semula kepada pelanggan sebaik sahaja pihak itu menyambung semula proses pengilangan dan penghantaran stok.
Di bawah adalah senarai produk Ribena yang ditarik balik:
The post Masalah pembotolan: Produk Ribena ditarik balik appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Masalah pembotolan: Produk Ribena ditarik balik
0 Komentar untuk "Masalah pembotolan: Produk Ribena ditarik balik"