Gema Semua Maklumat

18 penerbitan diwartakan Perintah Larangan: KDN

18 penerbitan diwartakan Perintah Larangan: KDN

BANGI, 28 Zulkaedah 1438H, Isnin – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap 18 penerbitan.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, kesemua penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana kandungannya boleh memudaratkan moral serta kepentingan dan ketenteraman awam, selain mengelirukan pemikiran orang ramai.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, tiga penerbitan berkenaan mengandungi unsur ajaran Syiah dan promosi prinsip pemikiran liberalisme serta pluralisme yang bertentangan dengan ajaran, juga akidah Islam sebenar mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Tajuk-tajuk penerbitan berkenaan adalah Fatimah Az-Zahara Wanita Solehah Sinaran Zaman, Humanisme Islam: Kajian Terhadap Pemikiran Filosopis Muhammad Arkoun dan Breaking The Silence: Voices of Moderation, Islam In A Constitutional Democracy.

Sementara, satu penerbitan bertajuk Misteri Merong Maha Wangsa dan Penyebaran Islam di Timur (Part 1) Kisah Khalifah Sharif Yang Di-Pertuan Kedah dan Legasinya mengandungi fakta sejarah yang mengelirukan pembaca serta menyeleweng daripada fakta sebenar negeri itu.

11 lagi penerbitan didapati mengandungi terjemahan dan fakta salah serta bertentangan dengan ajaran dan akidah Islam sebenar mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditetapkan di negara ini.

Ia membabitkan penerbitan Kisah Para Nabi, Kasyaf Al-Haq (Mengenal Allah), Kisah-kisah Ghaib Dalam Hadis Sahih, Agama Allah Rahmat dan Penyelamat Bagi Seluruh Alam, At-Thariq Ilallah Thariqat Al-Hassaniyyah, Berdialog Dengan Jin Islam, Piramid: Rahsia Purba Yang Dapat Anda Manfaatkan, Menyingkap Misteri Pulau Besar, Bid’ah Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah (Di Dalam Buku Ini Terjawab Berbagai Persoalan Bid’ah) Jilid 1, Aina Allah? Mana Allah dan Menanti Buah Hati dan Hadiah Untuk Yang Dinanti.

Penerbitan berkenaan dilihat boleh mengelirukan orang ramai dan dikategorikan sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Tiga lagi penerbitan bertajuk ’28 Hari: Jurnal Rock & Roll + Anarki Di Kuala Lumpur’, ‘Habibi’ dan ‘Drive Me Wild’ diwartakan perintah larangan kerana penulisan berunsur seks, menggalakkan kebebasan bersosial serta memuatkan ilustrasi lucah keterlaluan.

The post 18 penerbitan diwartakan Perintah Larangan: KDN appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 18 penerbitan diwartakan Perintah Larangan: KDN
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "18 penerbitan diwartakan Perintah Larangan: KDN"

Back To Top