KOTA BHARU, 28 Zulkaedah 1438H, Isnin – PAS akan membawa waris mereka yang terlibat dalam insiden Memali 32 tahun lalu bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan itu memboleh PAS dan keluarga mengemukakan permohonan rasmi untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat insiden pada tahun 1985 itu.
Media sebelum ini melaporkan bahawa kerajaan bersedia membentuk RCI untuk menyiasat insiden Memali.
Malah, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dilapor berkata, RCI akan dibentuk sekiranya terdapat permintaan daripada individu atau organisasi yang mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan.
Takiyuddin berkata, PAS menyambut baik kesediaan kerajaan untuk membentuk RCI menyiasat tragedi 19 Novemberi 1985 itu sebagai selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
“PAS juga telah menubuhkan pasukan perundangan untuk mengendalikan semua perkara berkaitan dengan keluarga tragedi Memali yang terjejas, termasuk membawa mereka bertembu dengan timbalan perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau menjelaskan bahawa pasukan undang-undang yang terdiri daripada pakar perundangan parti itu ditubuhkan ketika mesyuarat jawatankuasa PAS, malam tadi.
The post Insiden Memali: PAS akan bawa waris jumpa TPM appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Insiden Memali: PAS akan bawa waris jumpa TPM
0 Komentar untuk "Insiden Memali: PAS akan bawa waris jumpa TPM"