Gema Semua Maklumat

Pembentukan Malaysia: Ada usaha buat generasi muda lupa kepentingan Islam, Melayu

Pembentukan Malaysia: Ada usaha buat generasi muda lupa kepentingan Islam, Melayu

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 8 Zulkaedah 1438H, Selasa – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yakin ada rancangan tersusun golongan tertentu yang mahu generasi muda lupa kepada sejarah kehebatan dan kepentingan islam serta bangsa Melayu dalam pembentukan Tanah Melayu menjadi Malaysia.

Malah, Pemuda Isma mendedahkan ada usaha pihak tertentu yang seperti menidakkan kewujudan Tanah Melayu sebelum pembentukan Malaysia, dan menafikan sumbangan hebat pejuang melayu dalam mempertahankan kedaulatan tanah air ini.

Ketua Pemuda Isma, Muhammad Farid Husin berkata, pihak terbabit berusaha memperlekehkan sumbangan dan kemampuan pihak berkuasa negara, bahkan hanya memfokus kepada isu-isu tertentu dan kelemahan mereka.

Golongan berkenaaan sebaliknya lebih suka mengagungkan kehebatan pihak luar, sedangkan peranan pihak berkuasa negara diiktiraf oleh komuniti antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malah, beliau turut meluahkan kekesalannya apabila jasa dan sumbangan pejuang tanah air termasuk polis dan tentera dipandang sepi.

“Yang lebih mendukacitakan dan membimbangkan, terdapat usaha pihak-pihak tertentu yang seperti menidakkan kewujudan Tanah Melayu sebelum pembentukan Malaysia, dan menafikan sumbangan hebat para pejuang melayu dalam mempertahankan kedaulatan tanah air ini.

“Kami yakin bahawa usaha ini bukanlah atas ketidakpedulian rakyat terhadap sejarah negara kita, tetapi ini merupakan rancangan yang tersusun oleh golongan-golongan berhati busuk yang ingin menjauhkan generasi muda terhadap sejarah kehebatan dan kepentingan islam dan orang melayu di tanah air ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, bagi membangkitkan semula semangat perjuangan dalam kalangan masyarakat di negara ini, Pemuda Isma akan melancarkan kempen bulan kemerdekaan bertemakan ‘ini negara perjuangan’.

Kempen itu juga adalah bersempena Hari Pahlawan 2017 yang disambut pada 31 Julai dan Hari Kemerdekaan Ke-60 Malaysia pada 31 Ogos ini.

“Mengambil kesempatan Hari Pahlawan 2017 yang baru disambut pada 31 Julai dan juga Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60 pada 31 Ogos ini, Pemuda akan melancarkan kempen bulan kemerdekaan yang bertemakan ‘ini negara perjuangan’ bagi membangkitkan semula semangat perjuangan dalam masyarakat, terutama di kalangan anak muda bagi mempertahankan kedaulatan tanah air dari ancaman luar termasuk ancaman pemikiran dan budaya songsang,” katanya.

The post Pembentukan Malaysia: Ada usaha buat generasi muda lupa kepentingan Islam, Melayu appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pembentukan Malaysia: Ada usaha buat generasi muda lupa kepentingan Islam, Melayu
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pembentukan Malaysia: Ada usaha buat generasi muda lupa kepentingan Islam, Melayu"

Back To Top