Gema Semua Maklumat

27 biji ubat kena makan sehari, kata jemaah haji buta

27 biji ubat kena makan sehari, kata jemaah haji buta

gambar hiasan

GEORGETOWN, 1 Zulhijjah 1438H, Rabu – Biarpun beliau buta dan menghidapi SLE (Sistemik Lupus Eritematosus), Zuhaida Ahmad tetap gagah untuk ke Tanah Suci apabila menerima tawaran menunaikan haji tahun ini.

Zuhaida, 39, tidak dapat melihat sejak melahirkan anak kedua, 13 tahun lalu, akibat komplikasi bersalin yang agak teruk selain stres.

“Alhamdulilah moga Allah mudahkan segala urusan saya di sana dan dapat menunaikan ibadah dengan sempurna. Cabaran yang dilalui pada mulanya doktor agak berat untuk memberikan saya pergi berikutan faktor kesihatan, antaranya kelengkapan seperti mesin yang digunakan untuk mencairkan darah tidak ada di sana.

“Namun, syukur akhirnya saya dapat juga menjadi tetamu Allah mengerjakan haji,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Pelepasan Jemaah Haji Negeri Pulau Pinang ke Tanah Suci di sini semalam.

Zuhaida yang ditemani suami Azman Mohamad, 43, berkata beliau membawa 12 jenis ubat yang perlu diambil setiap hari iaitu sebanyak 27 biji pada waktu pagi dan lima biji pada waktu malam.

Ibu kepada empat anak itu berkata, beliau mula mendaftar dengan Tabung Haji (TH) pada 2003 dan jika mengikut giliran, 2018 adalah tahun untuk beliau mengerjakan haji.

“Alhamdulilah tahun ini saya dipanggil,” katanya yang berlepas ke Tanah Suci dengan 285 jemaah lain bagi penerbangan petang semalam.

The post 27 biji ubat kena makan sehari, kata jemaah haji buta appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 27 biji ubat kena makan sehari, kata jemaah haji buta
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "27 biji ubat kena makan sehari, kata jemaah haji buta"

Back To Top