KUALA LUMPUR, 8 Zulkaedah 1438H, Selasa – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meluluskan sebanyak 3,396 permohonan sijil halal dalam tempoh enam bulan bagi tahun 2017.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah itu adalah 70 peratus daripada 4,435 permohonan sijil halal yang diterima Jakim bagi tempoh antara Januari hingga Jun lepas.
“Tahniah JAKIM kerana sentiasa menambah baik perkhidmatan menerusi pelbagai inisiatif, termasuk mewujudkan program ‘laluan ekspres halal’.
“Usaha ini sejajar dengan peredaran semasa yang menyaksikan peningkatan jumlah permohonan sijil halal dalam sektor perniagaan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau turut memuji kerjasama Jakim dan Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) pada 2013 lalu dalam mewujudkan standars farmaseutikal halal yang pertama seumpanya di Malaysia.
“Sijil yang diperbaharui ini wajar menjadi pemangkin dalam pengeluaran produk farmaseutikal halal di peringkat domestik dan global.
“Ia diharap meningkatkan pembabitan pengeluar di seluruh dunia dan agensi perakuan halal yang berkaitan supaya produk mereka bersifat patuh syariah, sekali gus menyediakan pilihan lebih baik kepada masyarakat Muslim dan penganut agama lain,” katanya.
The post 3,396 permohonan sijil halal diluluskan setakat Jun tahun ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 3,396 permohonan sijil halal diluluskan setakat Jun tahun ini
0 Komentar untuk "3,396 permohonan sijil halal diluluskan setakat Jun tahun ini"