Gema Semua Maklumat

ANIH Berhad saran pengguna ikut jadual perjalanan elak sesak ke Pantai Timur

ANIH Berhad saran pengguna ikut jadual perjalanan elak sesak ke Pantai Timur

BANGI, 5 Zulhijjah 1438H, Ahad – Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), ANIH Berhad menyarankan orang ramai yang ingin pulang ke Pantai Timur sempena cuti Hari Kebangsaan dan Aidiladha mengatur perjalanan mengikut jadual cadangan waktu (TTA) yang dikeluarkan syarikat itu.

Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, TTA bertujuan membantu menyuraikan trafik serta mengurangkan kesesakan di plaza tol, khususnya di Gombak, Bentong dan Karak.

Katanya, pengguna dari Lembah Klang ke Pahang pada 30 dan 31 Ogos disaran memilih sama ada memasuki KLK atau Leburaya Pantai Timur 1 (LPT1) pada jam 12 tengah hari hingga 3 petang atau 7 malam hingga 11 malam.

“Pengguna yang ingin ke Terengganu dan Kelantan pada tarikh sama boleh memulakan perjalanan antara jam 6 pagi hingga 11 pagi atau jam 5 petang hingga 8 malam.

“Bagi perjalanan pulang ke Lembah Klang pada 2 dan 3 September, pengguna dari Pahang disaran memulakan perjalanan antara jam 6 pagi hingga 10 pagi atau 7 malam hingga 11 malam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pengguna dari Terengganu bagi tarikh sama disaran memasuki lebuh raya antara jam 10 pagi hingga 1 tengah hari atau antara jam 8 malam hingga 10 malam.

Sementara, pengguna dari Kelantan dicadang menggunakan lebuh raya bermula jam 5 petang hingga 9 malam atau antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

“Pengguna yang ingin ke Pantai Timur boleh mendapatkan jadual TTA di laman web ANIH Berhad atau mengikuti Twitter @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur.

“Pengguna juga dinasihatkan tidak menyalahgunakan lorong kecemasan dan sentiasa mengikuti perkembangan trafik terkini melalui Twitter @LPTTrafik bagi memastikan perjalanan lancar dengan cara yang berhemah,” katanya.

The post ANIH Berhad saran pengguna ikut jadual perjalanan elak sesak ke Pantai Timur appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ANIH Berhad saran pengguna ikut jadual perjalanan elak sesak ke Pantai Timur
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "ANIH Berhad saran pengguna ikut jadual perjalanan elak sesak ke Pantai Timur"

Back To Top