SHAH ALAM, 5 Zulhijjah 1438H, Ahad – Polis sedang mengesan suspek yang bertindak membaling mercun ketika perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA ke-29 (KL2017) antara Malaysia dan Indonesia di Stadium di sini, malam tadi.
Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya menjalankan siasatan sebaik menerima laporan berhubung tindakan itu.
Katanya, polis memandang serius isu keselamatan stadium terutama membabitkan penonton, pemain dan pegawai bertugas.
Difahamkan, mercun dibaling dari kawasan tempat duduk penyokong Malaysia selepas penyerang negara, N Thanabalan menjaringkan gol dalam perlawanan malam tadi.
Serpihan mercun berkenaan dilaporkan hanya memasuki kawasan tepi padang dan jauh dari pemain.
“Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.
The post Polis siasat suspek baling mercun di stadium Shah Alam appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis siasat suspek baling mercun di stadium Shah Alam
0 Komentar untuk "Polis siasat suspek baling mercun di stadium Shah Alam"