BANGI, 21 Zulkaedah 1438H, Isnin – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) telah membuat satu laporan polis tengah malam tadi berhubung insiden kekecohan yang berlaku pada program Nothing To Hide 2.0, di Shah Alam, semalam.
Ketua Penerangan Armada Nasional, Ulya Aqamah Husamudin, 26, dalam laporan berkenaan berkata, program yang pada awalnya berlangsung dengan jayanya diganggu dengan provokasi ketika sesi soal jawab bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kira-kira satu jam setengah selepas sesi soal jawab dengan Tun berlangsung, terlihat beberapa botol air, kasut, serta kerusi dilemparkan ke arah Tun Mahathir Mohamad. Jelas provokasi ini dimulakan oleh kumpulan yang berbaju Armada tiruan,” katanya.
Ulya berkata, sewaktu sedang melindungi Tun di atas pentas, beliau turut terlihat dua suar dilemparkan ke atas dan ada yang jatuh berhampiran tempat duduk media.
“Seterusnya kekecohan dan pergelutan telah berlaku di antara pihak berbaju Armada tiruan dan keselamatan majlis. Sewaktu kekecohan itu, saya telah terlihat beberapa antara mereka membuka dan melempar baju Armada tiruan yang dipakai,” katanya.
Beliau berkata, dua daripada mereka telah diasak dalam kekecohan, namun bagi memastikan keselamatan mereka, kedua-duanya telah dibawa masuk ke dalam bilik VVIP.
Sehubungan itu, beliau berharap polis melakukan siasatan terperinci mengenai kejadian itu.
Kekacauan Nothing to Hide 2.0 cubaan cederakan Tun Dr Mahathir
The post Armada lapor polis kekecohan Nothing to Hide 2.0 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Armada lapor polis kekecohan Nothing to Hide 2.0
0 Komentar untuk "Armada lapor polis kekecohan Nothing to Hide 2.0"