KUALA LUMPUR, 22 Zulkaedah 1438H, Selasa – Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkuatkuasa 1 September depan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini.
“Pelantikan Awang Adek dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki beliau akan dapat memimpin Maradalam melaksanakan dasar dan perancangan oleh kementerian demi mencapai objektif Transformasi Negara,” katanya.
Awang Adek bakal menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang mengumumkan enggan menyambung jawatan sebagai Pengerusi Mara yang tamat pada 11 Ogos lalu.
The post Awang Adek pengerusi baharu Mara appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Awang Adek pengerusi baharu Mara
0 Komentar untuk "Awang Adek pengerusi baharu Mara"