NORTH CAROLINA, 22 Zulkaedah 1438H, Selasa – Penunjuk perasaan di bandar Durham di sini, hari ini, menumbangkan tugu askar Konfederasi Amerika Syarikat (AS) berusia hampir satu abad, dalam perhimpunan membantah sikap rasis, dan sebagai tindak balas terhadap kumpulan nasionalis kulit putih minggu lalu.
Aktivis memanjat tugu itu dan menggunakan tali untuk menumbangkan monumen berkenaan yang dipasang pada 1924. Orang ramai daripada pelbagai kaum bersorak ketika tugu askar memegang raifal itu menyembah bumi di depan bangunan lama mahkamah yang kini menjadi pejabat kerajaan tempatan.
Sebaik tumbang, orang ramai memijak dan menendang patung yang diperbuat daripada gangsa itu.
Seorang lelaki kulit hitam, Isaiah Wallace terkejut dengan kehadiran penunjuk perasaan dan berharap lebih banyak monumen Konfederasi itu ditumbangkan kerana ia menjadi simbol rasis.
Penunjuk perasaan di Durham bertindak balas terhadap perhimpunan nasionalis kulit putih di Charlottesville, Virginia, minggu lalu, yang menyebabkan seorang wanita maut dirempuh ketika mengadakan tunjuk perasaan balas terhadap kulit putih.
Walaupun, kejadian di Virginia itu mendorong kerajaan berbincang bagi merobohkan simbol Konfederasi di selatan AS, North Carolina mempunyai undang-undang sendiri yang melarang berbuat demikian. Undang-undang 2015 itu menghalang mana-mana monumen di tempat awam dirobohkan, tanpa kelulusan pegawai negeri.
Sementara itu, Gabenor North Carolina, Roy Cooper berkata, tindakan rasis dan tunjuk perasaan yang menyebabkan kematian di Charlottesville tidak boleh diterima, tetapi ada cara lain untuk merobohkan tugu berkenaan. – Agensi
The post Patung Konfederasi Amerika ditumbangkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Patung Konfederasi Amerika ditumbangkan
0 Komentar untuk "Patung Konfederasi Amerika ditumbangkan"