Gema Semua Maklumat

Banjir di Houston AS makin teruk

Banjir di Houston AS makin teruk

HOUSTON, 7 Zulhijjah 1438H, Selasa – Banjir di Houston, Amerika Syarikat makin teruk susulan Taufan Harvey, yang melanda bandar itu, Jumaat lalu.

Taufan Harvey adalah taufan terkuat melanda Texas dalam tempoh 50 tahun.

Houston pula merupakan bandar keempat yang mempunyai penduduk paling padat di AS kini terpaksa menutup sekolah, lapangan terbang dan bangunan pejabat ke­rana kebanyakan kawasan sudah dinaiki air sehingga ke paras dada.

Jumlah kematian dijangka meningkat, ketika ribut mencetuskan air pasang dan puting beliung dengan beberapa wilayah dijangka menerima jumlah hujan setahun hanya dalam tempoh seminggu.

Pihak berkuasa mengarahkan lebih daripada 50,000 orang me­ninggalkan Fort Bend County, kira-kira 55 kilometer barat daya Houston selepas Sungai Brazos hampir banjir dan melimpah keluar.

Sementara itu, Jurucakap Institut Makmal Insurans, Loretta Worters menjangkakan kemusnahan yang disebabkan taufan Harvey mungkin menyamai kerugian yang dialami akibat taufan Katrina pada tahun 2005 iaitu bencana alam paling mahal dalam sejarah AS.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk menjangkakan secara tepat kerosakan rumah kediaman dan perniagaan.

“Ia mungkin menjadi kerugian seperti banjir disebabkan taufan Katrina dengan mengambil kira jumlah taburan hujan. Kelajuan angin tidak begitu teruk tetapi jumlah hujan yang tinggi menjadi kebimbangan,” katanya. -Agensi

The post Banjir di Houston AS makin teruk appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Banjir di Houston AS makin teruk
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Banjir di Houston AS makin teruk"

Back To Top