Gema Semua Maklumat

Benarkah PH akan hilang undi Melayu?

Benarkah PH akan hilang undi Melayu? -
Pakatan Harapan bakal hilang undi Melayu?
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI 28 OGOS 2017
Md Shukri Shuib Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM

SHAH ALAM - Penganalisis politik menjangkakan Pakatan Harapan akan mengalami defisit undi Melayu pada PRU14 nanti.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, ketiadaan Pas dalam gabungan Pakatan Pembangkang itu, menjadi antara punca undi Melayu tidak memihak kepada Pakatan Harapan.

“’Tsunami Melayu’ ke atas Pakatan dijangka berlaku. Pakatan akan alami defisit undi Melayu. Sebabnya dahulu Pas bersama Pakatan dan membawa undi para penyokong dari kaum Melayu kepada Pakatan," katanya kepada Sinar Online.

Mengulas lanjut, Md Shukri berkata, kini orang Melayu Pas sudah tidak akan mengundi Pakatan, maka perolehan undi dari orang Melayu terhadap Pakatan akan susut dan defisit.

Katanya, Pas kini membentuk pakatan blok ketiga pembangkang Gagasan Sejahtera bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini, Pas lebih bersedia sebagai parti berkecuali dan pemerhati yang tidak memihak kepada suara-suara wakil rakyat dari Pakatan Harapan.

Katanya, walaupun Pas telah keluar dari Pakatan, namun di Dewan Rakyat, Pas memberi komitmen terhadap barisan Pembangkang dan menafikan desas-desus bahawa partinya mahu menjalinkan kerjasama politik dengan Umno.

* Benarkah Melayu masih lagi bodoh walau pun dihimpit dengan kenaikan harga barang dan sara hidup di bawah BN yang secara terang disokong PAS walau pun tak mengaku?

Benarkah PAS berada di pihak pembangkang dengan apa yang ditunjukkan gelagat pasu bunganya di Parlimen?


Benarkah PH akan hilang undi Melayu? merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Benarkah PH akan hilang undi Melayu?
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "Benarkah PH akan hilang undi Melayu?"

Back To Top