SHAH ALAM, 6 Zulhijjah 1438H, Isnin – Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati kaum Melayu paling teruja untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
Dapatan berkenaan adalah hasil kajian institut itu berhubung ‘mood’ rakyat menjelang PRU akan datang.
Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, berdasarkan dapatan kajian, pihaknya mendapati sebanyak 72 peratus kaum Melayu teruja untuk mengundi dalam PRU14.
“Sementara itu kaum Cina paling tidak teruja untuk mengundi, tetapi tak pasti mereka hendak mengundi parti mana,” katanya dalam perbahasan di Forum Survei Malaysia 2017, yang diadakan di IDE, di sini hari ini.
The post Kajian IDE dapati Melayu paling teruja mengundi PRU14 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kajian IDE dapati Melayu paling teruja mengundi PRU14
0 Komentar untuk "Kajian IDE dapati Melayu paling teruja mengundi PRU14"