KUALA LANGAT, 4 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Orang ramai yang memiliki buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga yang didakwa tidak memasukkan gambar Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri keempat itu diminta menyerahkannya kepada Kementerian Pendidikan.
Timbalan Menteri Pendidikan 1, P Kamalanathan berkata, sehingga hari ini kementerian masih belum menerima sebarang bukti.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, buku tersebut bukan terbitan kementerian tetapi dipercayai terbitan penerbit swasta.
“Kita akan ambil tindakan terhadap penerbit buku itu dan pihak yang memulakan penyebaran maklumat palsu di media sosial.
“KPM memohon pengguna media sosial menghentikan penyebaran maklumat palsu tersebut agar tidak menjadi polemik yang mengganggu kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya selepas Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2 di SMK Jenjarum semalam.
The post Buku Tingkatan Tiga tiada gambar Tun M: Serah kepada Kementerian jika ada appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Buku Tingkatan Tiga tiada gambar Tun M: Serah kepada Kementerian jika ada
0 Komentar untuk "Buku Tingkatan Tiga tiada gambar Tun M: Serah kepada Kementerian jika ada"