Gema Semua Maklumat

Jemaah Qatar tak dapat laksana ibadah haji tahun ini

Jemaah Qatar tak dapat laksana ibadah haji tahun ini

DOHA (Qatar), 4 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Jemaah haji di Qatar yang berharap dapat melaksanakan ibadah haji bermula minggu ini tidak dapat melaksanakannya.

Kementerian Hal Ehwal Awqaf dan Islam Qatar yang mengatur dan menyelenggarakan Haji tahunan untuk warga Qatar mengumumkan belum mendapat maklumbalas daripada pihak Saudi berhubung logistik perjalanan atau jaminan keselamatan.

Terdahulu, agensi berita Qatar melaporkan, pihak berkuasa agama Qatar tidak memperoleh kerjasama atau tindak balas positif daripada Kementerian Haji, yang menyebabkan kekeliruan dan penggantungan proses pengawalseliaan bagi jemaah Qatar.

Sehubungan itu, kekurangan komunikasi dan kerjasama daripada pihak Saudi memberi isyarat bahawa tiada warga Qatar yang akan menyempurnakan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

Pengarah Kerjasama Antarabangsa di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Qatar, Saad Sultan al-Abdullah, melahirkan kebimbangan bahawa umat Islam telah dihalang daripada melaksanakan kewajipan agama mereka.

“Tidak ada percanggahan antara pertikaian politik dan hak asasi manusia dan hak asasi umat Islam untuk melaksanakan tugas keagamaan mereka.

“Politik dan hak asasi manusia mesti dipisahkan. Mekah tidak dimiliki oleh mana-mana kerajaan. Mekah adalah untuk semua umat Islam.

“Tingkah laku Saudi adalah pelanggaran nilai dan norma Islam yang jelas, serta semua perjanjian dan konvensyen hak asasi manusia antarabangsa,” kata Ketua Bahagian Perikatan untuk Keamanan Timur Tengah dan Afrika Utara yang berpangkalan di Brussels, Abdelmajid Mrari, kepada Al Jazeera.

Seperti negara-negara Islam yang lain, Qatar mempunyai perjanjian dengan Arab Saudi mengenai pengurusan Haji yang menentukan jumlah jemaah, pengaturan perjalanan, tempat kediaman di Arab Saudi, dan perlindungan undang-undang.

Tetapi sejak Arab Saudi bersama-sama dengan Mesir, UAE dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar dan meletakkan sekatan terhadapnya pada 5 Jun, pihak berkuasa agama Qatar tidak mendapat apa-apa jawapan daripada kerajaan Saudi untuk melaksanakan haji dan jaminan keselamatan jemaah Qatar tahun ini.

Minggu lalu, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dari Arab Saudi memerintahkan kerajaannya menghantar kapal terbang milik Saudi untuk membawa jemaah Qatar sebagai tetamu sendiri dan atas perbelanjaannya sendiri.

Para pemerhati dan organisasi hak asasi manusia antarabangsa menggambarkan bahawa langkah itu sebagai aksi politik yang direka untuk menangkis kritikan terhadap Arab Saudi kerana kelakuannya terhadap Qatar. – Agensi

The post Jemaah Qatar tak dapat laksana ibadah haji tahun ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jemaah Qatar tak dapat laksana ibadah haji tahun ini
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jemaah Qatar tak dapat laksana ibadah haji tahun ini"

Back To Top