Gema Semua Maklumat

Cukai pelancongan: 10,000 lagi hotel, premis perniagaan belum daftar dengan Kastam

Cukai pelancongan: 10,000 lagi hotel, premis perniagaan belum daftar dengan Kastam

KUALA LUMPUR, 19 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Hotel dan premis penginapan yang mempunyai lima bilik ke atas wajib berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebelum 31 Ogos.

Ketua Pengarahnya, Datuk Subromaniam Tholasy berkata, pendaftaran itu perlu bagi pelaksanaan cukai pelancongan bermula 1 September depan.

Jelas beliau, setakat ini hanya 4,000 hotel dan premis penginapan telah berdaftar, dan dilaporkan kira-kira 10,000 belum berbuat demikian, dipercayai sengaja melengah-lengahkan pendaftaran.

“Kami tidak memberikan tempoh tangguh, justeru pengusaha hotel dan penginapan yang berkenaan perlu mendaftar segera secara dalam talian di portal JKDM.

“Pihak kastam akan membantu mereka berdaftar dengan melawat premis itu melalui program ‘Hand Holding’ mulai minggu depan.

“Kalau ada masalah, telefon kastam dan kita boleh turun ke premis anda untuk bantu mendaftar. Jangan cari alasan dan melengahkan pendaftaran,” tegasnya.

Julai lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan, rakyat Malaysia akan dikecualikan daripada membayar cukai bagi semua kategori hotel manakala cukai terhadap pelancong asing akan dikenakan pada kadar RM10 semalam bagi satu bilik mulai 1 September ini.

The post Cukai pelancongan: 10,000 lagi hotel, premis perniagaan belum daftar dengan Kastam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Cukai pelancongan: 10,000 lagi hotel, premis perniagaan belum daftar dengan Kastam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Cukai pelancongan: 10,000 lagi hotel, premis perniagaan belum daftar dengan Kastam"

Back To Top