Gema Semua Maklumat

Daesh rancang serang Perak pada Hari Merdeka

Daesh rancang serang Perak pada Hari Merdeka

IPOH, 22 Zulkaedah 1438H, Selasa – Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan mendedahkan ada rancangan dari puak militan Daesh untuk melancarkan serangan di negeri itu ketika sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

Menurut laporan akhbar berbahasa Cina, China Press, beliau berkata, antara sasaran kumpulan berkenaan adalah tempat beribadat dan bank.

Bagaimanapun. Hasnan berkata, pihaknya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, terutama di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Kami telah meningkatkan rondaan polis di negeri ini dan mengaturkan pegawai dan anggota dengan sewajarnya,” katanya.

The post Daesh rancang serang Perak pada Hari Merdeka appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Daesh rancang serang Perak pada Hari Merdeka
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Daesh rancang serang Perak pada Hari Merdeka"

Back To Top