Gema Semua Maklumat

BR1M dibayar mulai 16 Ogos sempena Aidiladha

BR1M dibayar mulai 16 Ogos sempena Aidiladha

PUTRAJAYA, 22 Zulkaedah 1438H, Selasa — Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat ketiga, yang juga pembayaran terakhir BR1M 2017, akan dibuat mulai esok (16 Ogos) bersempena sambutan Aidiladha yang dijangka pada 1 Sept ini.

Bagi permohonan yang lulus pada peringkat rayuan, pembayaran akan dibuat pada 29 Ogos ini.

“Kerajaan berharap pemberian BR1M dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidiladha kelak, ” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.

Menurut kementerian pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

 Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran, katanya.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada: br1m@treasury.gov.my. – Bernama

The post BR1M dibayar mulai 16 Ogos sempena Aidiladha appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di BR1M dibayar mulai 16 Ogos sempena Aidiladha
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "BR1M dibayar mulai 16 Ogos sempena Aidiladha"

Back To Top